Jun 28, 2009

Rokok oh rokok


Manfaat Rokok…

  1. Perokok pasif lebih berbahaya daripada perokok aktif (heavy smokers) so yang merokok,teruskan..
  2. Menghindarkan dari perbuatan jahat kerana tidak pernah ditemui orang yang membunuh, mencuri dan berkelahi sambil merokok.
  3. Mengurangi risiko kematian
    Dalam berita tidak pernah ditemui orang yang meninggal dalam posisi merokok.
  4. Bekerja lebih rajin kerana untuk membeli rokok dalam erti kata lain sebagai penyuntik semangat
  5. Bersifat 'brotherhood' kerana apabila seseorang perokokberjumpaorang yang tidak dikenali selepas salam dia akan menawarkan rokok.
  6. Sebagai rehat atau menghilangkan tekanan di tempat kerja
  7. Alasan untuk permintaan gaji yang lebih tinggi kerana harga barang semakin meningkat termasuk rokok.
  8. Merokok mewujudkan suasana 'nature' kerana keadaan asap seolah-olah berada di kawasan berkabus walaupun kabus asap sangat bahaya.
  9. Menghilangkan bau wangi-wangian ruang bagi yang alergi bau parfume.
  10. Melatih kesabaran dan menambah semangat pantang menyerah karena bagi pemula merokok itu tidak mudah; batuk-batuk dan tersedak tapi tetap diteruskan (bagi yg lulus).
  11. Untuk indikator kesihatan; biasanya orang yang sakit pasti dilarang merokok. Jadi yang merokok itu pastinya orang sihat.
  12. Menambah kenikmatan minum petang dan makan pisang goreng sungguh nikmat. Apalagi ditambah merokok !
  13. Tanda kalau hari sudah pagi, kita pasti mendengar ayam merokok(bagi yang merokok diawal pagi}.
  14. Menghalau pencuri, suara perokok batuk berat di malam hari mujarab untuk mengusir penjahat.
  15. Membantu shooting filem, rokok digunakan penjahat membawa watak tersebut dengan lebih efisien apabila merokok dengan gaya yang macho.
  16. Filem cowboy akan lebih hebat apabila menunggang kuda sambil merokok tetapi sebaliknya apabila penunggang kuda memakan choki-choki.
  17. Teman yg setia.(rokok selalunya diambil sebagai mengisi masa lapang atau bagi yang dalam kesedihan).
  18. Sebagai pengganti penebuk kertas waktu emergency
  19. Membuat awet muda, kerana konon heavy smokers belum sampai tua sudah mati dahulu kerana kanser paru-paru. Fakta lain …sekitar 30% orang meninggal di dunia adalah perokok. 70%-nya bukan perokok..!!
  20. Terapi kepada yang berpenyakit resdung.
** Ini hanyalah rekaan semata-mata,realiti daripada kehidupan.Kepada heavy smokers..mintak sebatang!!!yang baru nk belaja..hentikan!!!

Oct 5, 2008

AWAS SKIM CEPAT KAYA!!!


KENYATAAN AKHBAR

1.

Kebelakangan ini Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mendapati pelbagai iklan dan tawaran melalui internet dan risalah-risalah mengenai program-program perniagaan bercirikan ‘skim cepat kaya’ yang ditawarkan oleh koperasi-koperasi kepada orang awam yang menjamin pulangan lumayan sehingga ada yang menawarkan pulangan pelaburan sehingga 10 peratus pulangan/dividen setiap bulan. Risalah-risalah ini telah disebarkan secara meluas di tempat-tempat awam seperti stesen bas dan di masjid-masjid.



2.

SKM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia sentiasa memantau dan sedang mengambil tindakan undang-undang untuk membanteras kegiatan tersebut. Beberapa kes ke atas anggota lembaga telah berjaya diambil tindakan termasuk menggantung, membubar dan memecat mereka yang terlibat dalam skim seumpama itu. Lain-lain yang terlibat masih dalam pemeriksaan dan siasatan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.



3.

SKM menyeru agar orang ramai berwaspada, berhati-hati dan bertindak bijak terhadap tawaran yang dijanjikan oleh koperasi-koperasi berkenaan supaya tidak mudah tertipu dengan pelaburan ala ‘skim cepat kaya’ yang dianjurkan oleh pihak-pihak berkenaan.



4.

Sehingga kini SKM tidak pernah meluluskan aktiviti pelaburan ala ‘skim cepat kaya’. Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan yang musykil dan ragu-ragu mengenai kedudukan perniagaan koperasi, bolehlah meminta penjelasan daripada SKM melalui hubungan seperti berikut:-




No. Faksimili: 03-20944272/03-20935026

No. Telefon: 03-20935098 samb. 5807 (En. Alias Anak Ilai)

Atau sambungan 5828 (Pn. Rohana bt Mazlan)

E-mail: aliasi@skm.gov.my

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

TINGKAT 5, 6 & 7, BLOK J,

PUSAT BANDAR DAMANSARA,

50608 KUALA LUMPUR